Tika bersama-Mu,
Ku merasai kasihnya ibu,
Tika bersama-Mu,
Ku merasai lindungannya ayah,
Tika bersama-Mu,
Ku merasai manisnya hidup,
Tika bersama-Mu,
Diriku hanyalah anak kecil,
Mentah dan kehijauan.
Kehilangan-Mu,
Membuatkanku hilang arah,
Tujuan dan matlamat,
Tergapai-gapai,
Lemas dalam arus pemodenan,
Kehilangan-Mu,
Membuatkan aku lemah,
Dengan godaan nafsu dan syaitan,
Dan itu hanyalah alasan semata.
Engkau kasih kepadaku,
Walaupun aku mengingkari-Mu,
Engkau sayang kepadaku,
Walaupun aku kerap melupakan-Mu,
Engkau cinta kepadaku,
Walaupun aku leka dalam keseronokkan,
Kerana Engkau tahu,
Aku akan kembali kepada-Mu,
Dalam keadaan mentah dan kehijauan,
Kerana aku hanyalah anak kecil,
Tika bersama-Mu.